Sebenarnya selepas kejayaan ekspedisi ni, aku mulalah merancang nak buat beberapa ekspedisi lain dengan bebudak ni. Barulah ceria sikit kalau turun Lawas, ye tak? Antara yang bermain di fikiran aku ialah:-
- Ekspedisi bertongkang dari Lawas ke Langkawi;
- Ekspedisi naik perahu dari Lawas ke Hong Kong;
- Ekspedisi memanggang seekor kambing di tepi Sungai Lawas;
- Ekspedisi menaiki bas ke Kota Kinabalu;
- Ekspedisi makan KFC atas bumbung hotel; dan
- Ekspedisi Alam Ria Cuti Sekolah...
Namun semuanya terpaksa dikenselkan kerana tak cukup korum dan tak cukup bajet. Lagipun bebudak tu kerja syif bukannya kerja opis macam aku yang cuti hujung minggu. Rancangan seterusnya ialah untuk berkelah di tepi Sungai Pengalih.... ada jugak rancangan nak pergi berkelah di air terjun kat Jalan Merapok-Lawas (entah kat mana aku pun tak tahu...) Semuanya hanyalah rancangan... tengoklah macam mana.
Kepada Bannister, Justin dan Enrico dari Hotel Perdana, lu orang memang best. Dan kepada Roslan, aku tak nak ajak ko join kitaorang lagi lepas ni. Secara tak rasmi jugak Persatuan Persahabatan Melayu-Lunbawang pun terbentuk secara tak rasmi. Aku pendekkan jadi PEMELUN ajelah ha ha ha ha walau berlainan bangsa, agama dan budaya, persahabatan tanpa batasan adalah matlamat kita (pergh!!! ayat yang sungguh syahdu)
Kepada Enrico... tahniah sebab lu dah lulus SPM dan akan masuk Politeknik Kota Kinabalu bulan Julai ni. Belajor rajin-rajin (macam aku ha ha ha ha) dan ingatlah ekspedisi yang best ni. Memang tak segrand Camel Trophy ke, Survivor ke, American Idol ke, mahupun Akademi Fantasia... tapi ingatlah.... walau di mana pun kita berada.... kita adalah GENG!!!! (bukan gengstar!!!)