Ekspedisi Sungai Bangat, Lawas, Sarawak
Pabila Hari Dah Gelap....

Home

Apa Ada Dengan Lawas? | Apa Yang Bestnya Di Sungai Bangat? | Hujan Pun Turun... | Pabila Hari Dah Gelap.... | Ekspedisi Apa Pulak Lepas Ni? | Hubungilah aku....

crestsarawak.gif

enricoroslan.jpg
Hai... saya Enrico dan saya masih 'solo'....

Pelik gak... hari mula gelap, angin mula berhenti... yang tak bestnya, nyamuk mula menyanyi kat telinga. Nasib baik unggun api masih ada. Kami startlah berborak... Bebudak bertiga tu mula bukak Radio Malaysia siaran bahasa Lunbawang... lantaklah! Asal korang bahagia! Aku makan kacang perlahan-lahan... sedap gak!
 
Habis siaran radio daerah, masuk radio Satu... ha! Bolehlah join. Macam-macamlah cerita keluar. Paling teruk kena sakat si Rico. Dia yang paling muda dalam kami berempat. Result SPM pun tak dapat lagi time tu. Kami cadangkan agar Rico dipanggang saja atas unggun api tu ha ha ha macam Cannibal Holocaust pulak... tapi itu cuma gurauan sahaja. Radio kereta yang Justin pasang kuat-kuat menemani malam kami yang semakin sunyi... Ces! Baru pukul 8.00 malam, dah ropa macam tengah malam. Mana rumah orang dekat-dekat pantai tu....
 
Nasib baik ada lagu-lagu terkini.... best gak... rasa macam disko rimba pun ada ha ha ha ha Borak punya borak, kacang pun dah abis. Makanan petang tadi pun dah abis. Tinggal air mineral aje. Aku pandang jam. Baliklah... dah malam dah ni, cadangku. Bebudak bertiga tu angguk aje. Lagipun ada yang kerja syif malam. Ada pulak yang sepatutnya dah balik kerja tapi tak sampai rumah lagi. Aku pulak kena turun ofis pagi esok...
 
Sebagai warganegara yang baik dan bersivik, kami bakar semua sampah sarap yang kami bawa sebelum balik. Baru kereta start, aku dapat call dari sorang member, kereta bila nak kasi balik? Lah... janji aku pulang jam 9.00, kataku. Aku tanya aje, jawab member tu. Aku balik sekarang, nanti kereta tu aku pulanglah kat kau, jawabku sebelum panggilan tiba-tiba terputus....
 
Gelapnya jalan... kalau aku sesorang, tak hingin aku nak pergi ke Sungai Bangat tu dan balik malam-malam macam ni. Nasib baik ada geng... bebudak bertiga tu senyap aje. Agaknya penat kot... malam ni tido awal lah.... 

sgbangat6.jpg
Kereta Hilux kat belakang tu pinjam aje....

halloween.gif

Kereta Hilux kaler maroon tu aku pinjam dari sebuah kedai makan. Terima kasihlah kat tokey nya yang sudi pinjamkan kami kereta tu untuk menjayakan ekspedisi ni... kamsia ajelah sama lu okey??? Lagipun aku rajin gak minum kat kedai dia ngan bebudak tu... next time boleh pinjam lagi kot? Boleh ka tokey? Ha ha ha ha

monsterpuaka.gif

Hubungi aku di medamitboy@yahoo.com 

emirates.gif