Ekspedisi Sungai Bangat, Lawas, Sarawak
Hujan Pun Turun...

Home

Apa Ada Dengan Lawas? | Apa Yang Bestnya Di Sungai Bangat? | Hujan Pun Turun... | Pabila Hari Dah Gelap.... | Ekspedisi Apa Pulak Lepas Ni? | Hubungilah aku....

crestsarawak.gif

sgbangat3.jpg
Ceria sebelum hujan...

Masa: Sebelum jam 6 petang....
 
Dan hujan pun turun mencurah-curah. Cepat-cepat kami angkat makanan yang diletakkan kat luar bawa masuk dalam kereta. Hujan lebat turun selama setengah jam. Nasib baik si Justin ni kreatif... dia adjust ariel kereta, dapat gak dengar radio. Memasing diam aje dalam kereta. Aircond yang dipasang kuat agaknya membuatkan memasing terketar-ketar kesejukan.
 
Nasib baik tak lama... agak aku adalah setengah jam hujan turun. Bila hujan dah reda, perkara pertama aku tengok... unggun api! Masih menyala... dan apabila ditambah kayu api, dia berasap tebal. Maklum ajelah kayu basah. Air laut semakin surut. Kami pun berjalan-jalanlah ke arah laut. Bannister mengotakan janjinya untuk mandi laut. Aku tengok air laut tu... penuh kayu reput. Ini memang boleh buat gatal ni. Berbanding air laut kampung aku yang jernih, air laut kat sini ada banyak sampah dan kayu reput. Tapi Bannister tetap jugak nak mandi. Biarlah....
 
Si Roslan yang dari dalam kereta dok diam aje tetiba minta handset aku. "Pinjam boss," aku berikan aje. No problem. Line pun clear aje kat tepi pantai ni. Aku tengok dia serius aje. Mukanya dah monyok macam cipan. Menyampahlah pulak aku tengok. Lepas tu dia pinjam sekali lagi handset aku. No problem, kredit prepaid aku pun banyak lagi. Mukanya makin monyok. Aku dah dapat agak dia punya problem.
 
"Ko baliklah Lan, aku tahu ko kena kerja malam ni," kataku. "Ko pinjam motor si Rico tu. Nanti malam kami ambik motor tu depan rumah ko," cadangku. Enrico no problem. Daripada dia naik kapcai dan bawa motor atas jalan batu, elok dia naik Hilux dengan kami. Enrico tanpa banyak masalah campakkan kunci motornya pada Roslan, dan Roslan terus blah. Aku gelengkan kepala. "Dah tau kerja malam, sibuk nak ngikut...." kacau program betul Roslan ni....
 
Hari dah makin gelap. Kami naik ke pantai. Bannister kata badannya gatal. Padan muka... dah cakap, air laut ni tak bersih...

unggunapi2.jpg
Api dah hidup... Yahuuuu....

ostrich.gif

Hari dah mula gelap... maklum ajelah sini cepat sikit gelapnya berbanding di Kuala Lumpur. Kami duduk di tepi unggun api. Nasib baik ada meja ngan kerusi batu. Selesa sikit... gelap juga... kilasku memandang ke kiri dan ke kanan. Nasib baik ramai, kalau tak jangan haraplah aku nak duduk kat sini.... he he he he he

sarawak.gif