Ekspedisi Sungai Bangat, Lawas, Sarawak
Apa Ada Dengan Lawas? | Apa Yang Bestnya Di Sungai Bangat? | Hujan Pun Turun... | Pabila Hari Dah Gelap.... | Ekspedisi Apa Pulak Lepas Ni? | Hubungilah aku....

Anun Bala? Apakhabar?
crestsarawak.gif
Selamat Datang Ke Laman Web Kami...

flsarawak.jpg
Inilah bendera Sarawak... kalau nak tahu!

wassup.gif

Apa ada dengan Lawas? Pertamanya, tahukah korang mana letaknya Lawas ni? Ha... kepada yang bangang Geografi tu aci potong kerat jari pun sure tak tahu punya... Baiklah, aku beritahu koranglah - Lawas ni ialah daerah paling utara di negeri Sarawak, dan bersempadan dengan daerah Sipitang di Sabah. Aku rasa penduduknya mungkin tak lebih 50,000 orang... termasuklah Melayu, Lunbawang (kekadang ada gak panggil 'Murut'), Cina dan adalah beberapa suku kaum lain. Apa ada dengan Lawas? Entahlah... aku pun tak tahu tapi aku dah pergi banyak tempat di Lawas ni. Kalau yang suka adventure tu bolehlah naik ke Ba'kalalan tengok ladang epal. Itu ajelah kot?
 
Aku datang Lawas tiap-tiap bulan... dah dekat dua tahun dah, itulah rutin aku. Hujung bulan aje aku pergi Lawas dan tinggal di Hotel Perdana. Hotel ni dah jadi rumah ke dua aku kerana aku akan habiskan masa selama seminggu di Lawas dan aku akan tinggal di hotel ni. Sebabnya? Layanan mesra dan first class... walaupun hotel ni tarafnya... entahlah, aku pun tak tahu. Mungkin 5 'taik bintang' kot? Receptionistnya hullamak.... cun! Walau silih bertukar sejak dua tahun, penggantinya maintain cun. Itulah yang menyebabkan aku suka duduk di hotel ni kot? walau ada hotel lain di Lawas.
 
Cukuplah cerita pasal hotel ni; aku nak cerita pasal Ekspedisi Sungai Bangat... tentu korang nak tahu apakah dia ekspedisi yang macam best aje. Sebenarnya ekspedisi ni takdelah best sangat. Cuma namanya aje gempaq! Aku memang kenal baik dengan staf-staf hotel ni yang boleh dikatakan hampir 80% berbangsa Lunbawang. So, aku lontarkan cadangan, kenapa tak kita buat aktiviti best sikit waktu aku turun ke Lawas. Ini tak... balik-balik borak-borak tak pun keluar minum. Lagipun aku dapat tahu bebudak tu pernah adakan aktiviti best dengan sorang guess... technician SESCO, Kuching. Aku kenal gak mamat ni kejap. Diaorang pergi berkelah di Sungai Bangat. Dengar cerita macam best aje... aku dengar pun rasa macam jeles aje... so bila aku kemukakan cadangan ni, bebudak hotel ni semuanya respon baikkkk punya...
 
Sungai Bangat? Taklah sungai tapi sebenarnya ada pantai. Kebetulan nama kampungnya Sungai Bangat, secara tak lansung pantainya pun orang panggil Sungai Bangat. Ada satu simpang kecil nak masuk ke tempat ni dari Jalan Lawas - Punang. Kalau tak perati betul-betul alamat terbabas sampai ke Punang... sebuah kampung nelayan di tepi laut. Aku sendiri pun tak pernah sampai ke tempat ni...
 
Yessss! Kaki dah dapat, so perbincangan pun diadakan untuk menjadikan aktiviti ini satu realiti. Bab kereta aku akan uruskan. Bab makan no problem, aku boleh support. Cuma bab driver dan kengkawan ajelah... pasal aku tak reti drive dan kalau gi sensorang, apa ke jadahnya (pinjam perkataan 'Edisi Siasat'!). Lagipun Sungai Bangat tu pun aku tak tahu kat mana....
 
 

petangdisgbangat.jpg
Sebelum matahari terbenam di Sungai Bangat...

lawas.jpg
Lawas... standing in the eyes of the world

powered by lycos
SEARCH:Tripod The Web

Kalau ada apa-apa komen, kutukan mahupun pujian, silalah email ke: medamitboy@yahoo.com